Monday 12 March 2012

MENJELANG PRU13, SATU INGATAN UNTUK ORANG MUDA

Salan untuk semua.
Secara kasar jumlah pengundi pada PRU13 nanti, pengundi muda (berumur 21-40 tahun) merangkuni hampir separuh jumlah keseluruhan pengundi di negaea ini. Berdasarkan jumlah yang sama juga ketika PRU12, tidak dinafikan kekalahan besar BN di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak tidak lupa juga Kelantan dan Kedah adalah disebabkan adanya penolakan yang ketara pengundi muda ini kapada pemerintah sedia ada pada waktu itu, iaitu Kerajaan Barisan Nasional.
Jelasnya kegagalan BN meraih majoriti 2/3 di Parlimen, menjadi pembangkang di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan adalah juga disebabkan pengundi muda menolak BN sebaliknya terpengaruh dengan selogan 'tukar' Pakatan Pembangkang. Tidak dinafikam golongan pengundi muda ini mudah terpedaya dan percaya dengan janji-janji manis Parti Pembangkang dan menerima saja dakyah PR  bahawa Kerajaan BN adalah kerajaan korap, tidak cekap, mengamal nepotism dan keronism malah amat berkeyakinan Kerajan baru nanti akan jauh lebih baik jika diberikan peluang.
Setelah 4 tahun memerintah Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, cuba kita tanyakan kepada pengundi muda tadi, adakah anda puas dengan keputusan yang dibuat pada PRU 12 dulu. Adakah benar semua wakil-wakil rakyat dari PR yang telah diberi peluang oleh kalian mewakili pengundi di setiap kawasan telah benar-benar berkhidmat untuk rakyaat khasnya pengundi di kawasan mereka? Siapakah yang bertungkus lumus memberikan bantuan ketika terjadinya bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya?
Apakah kebajikan yang diberikan oleh kerajaan PR dengan selogan mewujudkan negara kebajikan?berbanding dengan apa yang telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional?
Justru nasihat penulis, dalam tempoh beberapa minggu hingga beberapa bulan mendatang ini, hinggalah Parlimen dibubar dan tarikh PRU13 diumumkan, kepada semua pengundi KHASNYA para pengundi muda bermuhasabah dan berlapang dadalah, dan nilaikanlah apa buruknya mengekalkan BN sebagai pemerintah serta fikirkan pula apalah yang baiknya undi saudara/i diberikan kepada pembangkang.
Semoga dengan itu nanti saudara/i akan sedar dan bersedia mempertaruhkan undi saudara/i demi kelangsungan kejayaan negara, memertabatkan ugama Islam dan orang Melayu khasnya. Moga BN berjaya amin.

Sunday 11 March 2012

Sebuah Kebangkitan kepada Perjalanan Yang Belum Selesai

Salam buat semua. PRU ke 13 kini menghampiri waktunua hanya menanti PM buat keputusan Parlimen Bubar. Nampak kini kesuraman BN akibat sunami PRU ke12 tahun 2008 kembali bercahaya dan penuh berkeyakinan kisah silam (PRU 2998) munkin sukar berulang. Nyata sekali kegusaran pakatan pembangkang tentang Najib yang bakal menggantikan Pak Lah pada tahun 2009 dulu ada asasnya.
Nyata PR berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikanDato Sri Najib tidak dilantik sebagai PM. Akan tetapi Tuhan tetap sayangkan negara Malaysia tercinta ini. Pakatan Rakyaat gagal dalam usahanya, dan PM Najib berjaya membawa negara tercinta ini gah dipersada dunia, dan sebahagian besar rakyat Malaysia begitu selesa dan gembira bersama PM Najib dan seluruh barisan kabinetnya.
Semenjak hari pertama sebagai PM, Dato Sri Najib tidak henti-henti membuat perubahan dan penambah baikan terhadap sistem penyampaian kerajaannya. Daripada Selogan 1 Malaysia sehinggalah pelbagai transformasi disegenap segmen pentadbiran ternyata memberi kesan yang amat mendalam dihati rakyaat.
Jelas tergambar Kerajaan BN pimpinan PM Najib adalah kerajaan perihatin, kerajaan yang benar-benar mendegar suara hati rakyaat.
ditambah dengan kegagalan yang total oleh kerajaan pakatan pembangkang, krisis moral yang maha hebat dikalangan pimpinan semua parti pembangkang, nyata sekali PRU ke13 nanti bakal mengenbalikan semula era kegemilangan Barisan Nasional.
Nyatanya, keyakinan kepada kejayaan Barisan Nasional dalam PRU ke13 nanti ibarat sebuah 'kebangkitan' kepada 'Perjalanan Yang Belum Selesai' dalam memartabatkan bangsa Melayu, ugama Islam dan Negara Malaysia tercinta.
Kepada orang-orang Melayu seluruhnya, marilah bersatu atas nama Melayu dan Islam. Berilah kepercayaan tuan puan kepada PM Najib dan safnya melakarkan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berjaya.