Sunday 11 March 2012

Sebuah Kebangkitan kepada Perjalanan Yang Belum Selesai

Salam buat semua. PRU ke 13 kini menghampiri waktunua hanya menanti PM buat keputusan Parlimen Bubar. Nampak kini kesuraman BN akibat sunami PRU ke12 tahun 2008 kembali bercahaya dan penuh berkeyakinan kisah silam (PRU 2998) munkin sukar berulang. Nyata sekali kegusaran pakatan pembangkang tentang Najib yang bakal menggantikan Pak Lah pada tahun 2009 dulu ada asasnya.
Nyata PR berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikanDato Sri Najib tidak dilantik sebagai PM. Akan tetapi Tuhan tetap sayangkan negara Malaysia tercinta ini. Pakatan Rakyaat gagal dalam usahanya, dan PM Najib berjaya membawa negara tercinta ini gah dipersada dunia, dan sebahagian besar rakyat Malaysia begitu selesa dan gembira bersama PM Najib dan seluruh barisan kabinetnya.
Semenjak hari pertama sebagai PM, Dato Sri Najib tidak henti-henti membuat perubahan dan penambah baikan terhadap sistem penyampaian kerajaannya. Daripada Selogan 1 Malaysia sehinggalah pelbagai transformasi disegenap segmen pentadbiran ternyata memberi kesan yang amat mendalam dihati rakyaat.
Jelas tergambar Kerajaan BN pimpinan PM Najib adalah kerajaan perihatin, kerajaan yang benar-benar mendegar suara hati rakyaat.
ditambah dengan kegagalan yang total oleh kerajaan pakatan pembangkang, krisis moral yang maha hebat dikalangan pimpinan semua parti pembangkang, nyata sekali PRU ke13 nanti bakal mengenbalikan semula era kegemilangan Barisan Nasional.
Nyatanya, keyakinan kepada kejayaan Barisan Nasional dalam PRU ke13 nanti ibarat sebuah 'kebangkitan' kepada 'Perjalanan Yang Belum Selesai' dalam memartabatkan bangsa Melayu, ugama Islam dan Negara Malaysia tercinta.
Kepada orang-orang Melayu seluruhnya, marilah bersatu atas nama Melayu dan Islam. Berilah kepercayaan tuan puan kepada PM Najib dan safnya melakarkan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berjaya.

No comments:

Post a Comment